T. Ananda Krishnan
- Pengerusi & CEO Usaha Tegas Group Holdings Bhd
- Mencatatkan penurunan aset terbesar iaitu sebanyak 23.5% berbanding tahun 2012
- Ke- 2 terkaya di Malaysia
- ke- 4 terkaya di Asia
- Ke- 2 terkaya di Malaysia
- ke- 4 terkaya di Asia
- Jumlah aset terkini : RM32.90 Bilion
Kejayaan
Beliau adalah Pengasas Usaha Tegas Sdn.Bhd, dan beliau memiliki 70 peratus saham Usaha Tegas. Beliau juga memiliki sepenuhnya, yakni 100 peratus pegangan dalam Binariang Satellites Systems atau BSS.
Aspirasinya adalah menjadikan Measat Broadcast Network Systems atau Astro sebagai syarikat media bertaraf global. Melalui Binariang Satellites Syatems, beliau memiliki dua buah satelit orbid, iaitu Measat 1 dan Measat 2. 43 peratus pegangan dalam KLCC Holdings. Tetapi, beliau sudah menjual kepentingannya dalam KLCC Holdings dan memperolehi RM 1.2 bilion.
Usaha Tegas Sdn.Bhd. pula memiliki 33 peratus kepentingan dalam Tanjong Plc, 90 peratus kepentingan dalam Maxis Communications Berhad, 100 peratus pegangan dalam Measat Broadcast Network Systems. Tanjong Plc pula memiliki 84 peratus saham Powertek Bhd.
Beliau juga menpunyai kepentingan dalam Bumi Armada Berhad, iaitu syarikat perkapalan. Objektif Bersatu Sdn. Bhd. dengan 49 kepentingan. Syarikat filem yang berpusat di Hong Kong. iaitu Celestial Pictures Ltd. dengan 100 peratus kepentingan. Kepentingan Arnanda Krishnan dalam Celestial Pictures Ltd. diberi daripada Shaw Brothers pada tahun 2006 dengan harga RM 292.6 juta.
Dua buah syarikat, iaitu Zodan dan Zudavi. Dua syarikat itu adalah antara enam buah syarikat yang diberi hak menggali mingyak dan gas di Indonesia pada tahun 2001. Kepentingannya dalam Bumi Armada Berhad. diperoleh dari Objektif Bersatu Sdn.Bhd., iaitu syarikat yang dibeli dengan usahawan yang bernama Wan Ariff Wan Hamzah.
Projek-projek yang menyumbang kepada kekayaan
Antara projek yang berjaya dan mendatangkan hasil yang lumayan adalah projek pembangunan KLCC iaitu usaha sama Usaha Tegas Sdn. Bhd. dan Petronas.
Melalui pegangannya dalam Tanjong Plc pula, Usaha Tegas Sdn. Bhd. mempunyai kepentingan dalam industri hiburan seperti dalam Village Cinemas. Kedua-dua Tanjong Plc dan Powertek Berhad masing-masing mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM 2.2 bilion dan RM 1.2 bilion. Maxis pula mempunyai seramai 2.3 juta pengguna, menjadikannya syarikat telekomunikasi yang terbesar di Malaysia.
Perkhidmatan TV Satelit Astro kini meliputi beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Taiwan, India, Filipina, Vietnam dan Brunei. Di Malaysia sahaja, 850,000 orang menggunakan perkhidmatan TV Satelit Astro. Astro kini bernilai RM 4 bilion. Binariang adalah syarikat televisyen satelit pertama negara, diberikan monopoli selama 20 tahun, iaitu sehingga tahun 2017.
Perniagaan di luar negara
Ananda Krishnan mempunyai kepentingan dalam bidang minyak dan gas di Amerika Syarikat, Sri Lanka, Mesir, Indonesia dan sebagainya. Beliau juga dikatakan memiliki dua buah studio animasi, sebuah di Filipina dan sebuah lagi di Hollywood. Beliau juga memiliki ladang pembakaan kuda di Australia. Selain itu, Ananda Krishnan juga memiliki kepentingan dalam TVB.com , iaitu TV interaktif yang berpusat di Hong Kong.
Pendidikan
Ananda Krishnan berketurunan Tamil dan bapanya berasal dari Sri Lanka. Beliau bersekolah rendah di Sekolah Rendah Tamil Vivekananda, Kuala Lumpur. Kemudian, beliau bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur.
Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke University of Malbourne bagi mendapatkan ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan. Bagi peringkat Sarjana pula, beliau melanjutkan pelajaran ke Harvard University, Amerika Syarikat pada tahun 1964 dalam bidang ijazah pentadbiran perniagaan. Selepas mendapat ijazah sarjananya, beliau memulakan perniagaan dalam perdagangan minyak dan gas.
Keistimewaan
Ananda Krishnan adalah usahawan yang pandai memanfaatkan teknologi baru dan peluang perniagaan yang muncul. kebijaksanaannya terserlah lagi kerana apabila Menara Berkembar Petronas dilancarkan, kadar penghuniannya adalah 100 peratus. Kini, kadar penghuni bagi Menara Berkembar Petronas masih tinggi, iaitu pada kadar 80 peratus.
Sumbangan
Ananda Krishnan banyak menyumbang kepada aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Contohnya, beliau mendermakan sebanyak RM 160 juta kepada beberapa dana pendidikan di Malaysia.
Syarikat yang menyumbang RM 160 juta itu adalah Maxis Communications Berhad, Tanjong Plc dan Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. Daripada jumlah itu, RM 100 juta didermakan kepada Dana Harapan Nusantara.
Dana Harapan Nusantara ditubuhkan oleh Ananda Krishnan sendiri melalui syarikatnya Usaha Tegas Sdn. Bhd. khas bagi pelajar Bumiputera. Dana Harapan Nusantara juga diberi peruntukkan khas, iaitu RM 300 juta saham dalam Maxis yang bernilai kira-kira RM 100 juta, yang dapat dijual apabila perlu.
Danna Harapan Nusantara juga melaksanankan pelbagai projek. Antaranya adalah projek bagi membantu pelajar Bumiputera menlanjutkan pelajaran ke luar negara melalui program berkembar di universiti dan kolej swasta tempatan.
Mulai tahun 2004, 100 orang pelajar dipilih setiap tahun bagi menyertai program itu. Selain itu, sebanyak RM 5 juta juga diperuntukkan bagi pengurus dan profesional Bumiputera supaya meraka dapat menyertai program pendidikan eksekutif di Harvard Business School.
Usaha Tegas juga menubuhkan Yayasan Yu Cai dengan geran awal sebanyak RM 25 juta. Yayasan Yu Cai diwujudkan bagi menyemai dan membangunkan bakat dalam pelbagai bidang.
Sumbangan pertama Yayasan Yu Cai adalah sebanyak RM 5 juta yang diperutukkan bagi membantu penubuhan Jabatan Amalan dan Falsafah Tradisional Cina di Universiti Tun Abdul Razak.
Usaha Tegas juga memperutukkan sebanyak RM 5 juta bagi Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia. Selain itu, Tanjong, Maxis dan Measat pula secara bersama menyumbangkan sebanyak RM 10 million kepada Universiti Tun Abdul Razak.
No comments:
Post a Comment