
- Umur - 91 tahun
- Pengerusi Kuok Group and Kerry Group
- Nilai aset - RM 14.7 billion
- Usahawan terkaya di Malaysia
- Ke-3 terkaya di Asia
- Titik permulaan empayarnya tercatat selepas Merdeka pada tahun 1958
Latar Belakang Keluarga
Keluarga Robert Kuok berasal dari wilayah Fujian, China. Robert Kuok adalah orang yang rajin, peramah, pintar dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Walaupun memiliki empayar perniagaan yang begitu luas, beliau tetap merendah diri dan tidak bongkak dengan kejayaan yang diraihnya. Beliau juga adalah dermawan yang sebahagian daripada hartanya disumbangkan untuk tujuan kebajikan.
Di Malaysia, beliau menubuhkan Kuok Foudation Berhad, iaitu organisasi yang memberikan bantuan geran dan derma bagi tujuan pendidikan dan perubatan.
Beliau juga mementingkan kejujuran, kesetiaan dan disiplin serta komitmen yang tidak berbelah bahagi. Baginya, itu kunci demi mencapai kecemerlangan.
Pendidikan
Robert Kuok mendapat pendidikan Cina dan juga Inggeris. Beliau sempat belajar sebentar di Raffles College. Namun, pengajiannya di situ terpaksa diberhentikan apabila pihak Jepun menawan Singapura. Robert berkata pendidikan yang diperolehnya di seklah Cina adalah antara faktor kejayaannya. Ini kerana di situ beliau belajar erti kerja keras.
Baginya, hendak berjaya dalam dunia perniagaan, usahawan itu perlu bijak menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.
Penglibatan dalam perniagaan
Bermula dengan penubuhan Kuok Brothers Sdn.Bhd, pada 1 April 1949, bagi mengambil alih perniagaan jual beli yang diasaskan oleh bapanya, Keng Kang di Johor Bahru. Bapanya mengasaskan Tong Seng & Company dan memperoleh lesen daripada Sultan Johor bagi menjalankan perniagaan jual beli.
Dengan pertolongan beberapa pemimpin Melayu, Tong Seng & Company muncul sebagai syarikat pembekal beras, gula dan tepung gandum yang disegani. Keng Kang diberi kontrak melalui pihak tentera British bagi membekalkan beberapa jenis barang keperluan kepada 50,000 orang tahanan perang Jepun.
Enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1964, Robert mengasakan syarikat penapisan gula yang pertama di Malaysia, iaitu Malayan Sugar Manufacturing. Syarikatnya diberikan beberapa kemudahan dan status monopoli oleh pihak kerajaan. Robert Kuok juga mewujubkan ladang tebu pertama di Malaysia melalui Perlis Plantation. Ladang itu terletak di atas tanah kerajaan dan adalah projek usaha sama antara syarikatnya dengan FELDA.
Pada era 70-an, Robert membuka banyak lagi ladang tebu di Indonesia, menjadikannya antara pengilang gula yang terbesar di dunia. Pada masa itu, syarikatnya hanya tertumpu kepada jual beli beras, gula dan tepung gandum.
Perniagaan terus berkembang
Di bawah pengurusanya, perniagaan itu terus berkembang. Kuok Brothers kini memiliki pegangan yang besar dalam beberapa syarikat yang desenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur. Antaranya ialah Jerneh Asia Berhad, Pelangi Berhad, FMM Berhad, PBB Group Berhad dan PBB Oil Palm Berhad. Tumpuan kumpulan Kuok kini adalah menjadi syarikat multinasional yang unggul di Asia Pasifik.
Pada tahun 1974, Robert memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong atas sebab-sebab cukai dan juga mengembangkan perniagaannya ke luar negara. Operasi perniagaan kumpulan Kuok terus berkembang ke sektor pembuatan dan perkhidmatan.
Di Hong Kong, Robert mengasaskan Kerry Trading Company dan mengembangkan ruang lingkup perniagaannya ke sektor media dan hartanah. Kerry Trading kini telah menguasai 10 buah syarikat yang tersenarai dalam bursa saham Hong Kong.
Robert Kuok menguasai South China Morning Post yang dibelinya daripada Ruspert Murdoch pada tahun 1993. Kerry Trading mempunyai kepentingan dalam The Bangkok Post.
Melalui South China Morning Post pula, Robert mangambil alih TVE Holdings, iaitu syarikat yang terlibat dalam perniagaan hartanah, hiburan, barang runcit dan penerbitan. Beliau membelinya pada harga RM 570 juta pada tahun 1996.
Dari Hong Kong, Robert mengembangkan lagi empayar perniagaannya ke China dan menceburkan diri dalam industri pembangunan hartanah, perhotelan, perdagangan dan juga perkilangan, melalui usaha sama dengan Coca-cola. Robert tidak berhenti setakat di Hong Kong dan China.
Beliau mengembangkan perniagaannya ke Indonesia pada tahun 1960-an dan Filipina pada tahun 1980-an. Robert juga adalah orang Asia pertama yang berjaya mewujubkan rangkaian hotel lima bintang, iaitu Hotel Shangri- La.
Tanggungjawab kepada syarikat lain
Robert pernah membantu mengasaskan syarikat penerbangan pertama Malaysia, Sistem Penerbangan Malaysia Berhad atau MAS pada lewat tahun 60-an.
Pada tahun 1968 pula, Robert terbabit sama dalam mengasaskan syarikat perkapalan pertama Malaysia, iaitu Malaysia Shipping Line Corporation yang kini dikenali sebagai Malaysia International Shipping Corporation Berhad atau MISC.
Selain itu, beliau terlibat dalam mengasaskan Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan Perbadanan Nasional Berhad atau PNB.
Rahsia kejayaan
Antara rahsia kejayaannya beliau adalah hubungan beliau yang baik dengan semua pihak, termasuk usahawan-usahawan Cina. Beliau menjalin hubungan kerjasama yang begitu erat dengan usahawan-usahawan Cina yang terkenal seperti Liem Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li Ka Shing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam, Run Run Shaw, TT Tsui, Roberto Ongpin, dan Chatri Sophonpanich. Jaringan usahawan Cina ini dipanggil The Bamboo Network yang mana bamboo bermaksud buluh. Seperti yang diketahui, buluh memainkan peranan yang penting dalam kebudayaan masyarakat Cina.
Selain itu, kekuatan empayar perniagaan Robert Kuok terletak pada kerjasama erat antara ahli keluarganya. Kumpulan Kuok adalah syarikat milik keluarga yang kukuh dan stabil.
Kini, Robert banyak menyerahkan tugas kepada cucu-cucunya dan kumpulan Kuok diuruskan oleh generasi ketiga keluarga Kuok dengan dibantu oleh sekumpulan pengurusan yang profesional.
Anak sulungnya, Beau Kuok Khoon Chen, menguruskan perniagaan hotel, hartanah dan pengilangan kumpulan Kuok. Anak bongsunya pula, Khoon Ean, adalah pengarah Eksekutif South China Morning Post dan menguruskan kepentingan kumpulan Kuok di Malaysia dan Singapura. Anak saudaranya, Khoon Ho dan Khoon Loong menguruskan kumpulan perniagaan itu di Filipina dan Kerry Properties. Liu Tai Fong juga adalah anak saudaranya, menguruskan Kerry Trading dan Kerry Beverages. Tumpuan Robert Kini hanya kepada sektor perhotelan yang menjadi sektor kegemarannya.
Terima Kasih blog ni, Robert Kuok Hock Nien is an influential Malaysian Chinese businessman. According to Forbes his net worth is estimated to be around $10 billion on May 2008. Visit below page for Robert Kuok Hock Nien notes on the past sixty years:
ReplyDeletehttp://kidbuxblog.com/robert-kuok-hock-nien-notes-on-the-past-sixty-years/
Blh kah saya ambik dia sebagai idola utk ceburi bidang perniagaan ni
ReplyDelete